Langkau ke kandungan utama

Ini asap dari kebakaran hutan secara besar besaran di kalimantan

Saya nampak tiada report berkaitan asap yang datang dari kalimantan ini sebagai asap, tetapi mereka panggil dia jerebu atau haze. Tetapi hakikatnya ialah asap dari kebakaran hutan yang todak terkawal.

Ini bukan kabus, tetapi asap.

Bacaan API pada pagi ini ialah sampai 357 di bahagian Serian, 293 di Kota Samarahan, 284 di Kuching, 215 di bahagian Sri Aman, dan sebagainya. Bacaan ini semua sudahpun melepasi garis tahap bahaya.

Celxxxx betul orang yang suka bakar-bakar hutan secara besar-besaran seperti ini. Zaman sekarang, tidak perlu lagi bakar-bakar hutan untuk bercucuk tanam...

“Asap kebakaran hutan dari Kalimantan telah merentas sempadan dan menyebabkan keadaan jerebu di Sarawak.” tetapi hakikatnya bukan jerebu lagi tetapi asap tebal sebab kita masih boleh hidu baunya sebagai asap.

Dan berdasarkan keadaan semasa, ini bukan sekadar andaian bahawa asap datang dari Kalimantan — laporan terkini memang menunjukkan kebakaran hutan dan tanah gambut di beberapa kawasan Indonesia menghasilkan asap tebal yang merentas ke Malaysia dan Brunei.

Gambar-gambar yang saya ambil semasa memandu dikawasan Kuching






Mungkin kerajaan Indonesia pun gagal mengawal tindak-tanduk rakyatnya. Rakyat terpaksa bakar hutan / tanah kebun untuk mencari rezeki ..tetapi hasilnya...rakyat di Sarawak menjadi mangsanya. Mungkin seminggu dua, pusat kesihatan atau klinik-klinik akan dipenuhi pesakit akibat asap-asap yang melintasi sempadan. 

Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...

Gawai Dayak dan ertinya sudah berubah

 Intro Sambutan Hari Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei tahun ini. Tiap-tiap tahun, sambutan Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei dan macam tidak berakhir sampai penghujung bulan Julai nanti. Dari pandangan saya yang saya lihat dan terlibat sekali di beberapa lokasi dan kawasan, Sambutan Gawai Dayak tahun ini boleh dikatakan sangat meriah. Akhir-akhir ini, sesiapa yang menyambut Gawai Dayak pun ramai yang memakai pakaian tradisional, terutama bagi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu… tetapi itu tidak berakhir di situ saja. Kaum Melayu, Cina mahupun pelancong luar negara pun memakai pakaian tradisional sekali untuk menyambut bersama masyarakat Dayak di Sarawak. Gadis-gadis di babang Peralihan makna dan perayaan Gawai Dayak. Perayaan gawai dayak atau gawai tahun yang telah beralih cara dari tahun ke tahun semenjak ia dimulakan. Secara amnya, konsep Dayak unified atau gabungan Dayak telah diutarakan oleh seorang pengacara radio Kingsley dan Owen Liang pada tahun 1957. Kali pert...